1. Penyediaan Dokumen Pembelajaran:
Anda dikehendaki menyediakan buku skrap (15 muka surat), sebuah TAYANGAN VIDEO( 3-5 minit) dan 10 soalan objektif mengenai tajuk pilihan anda yang merangkumi tajuk-tajuk Tingkatan 4 dan 5). Tugasan ini hendaklah dihantar melalui e-mel kepada dygizzah@hotmail.com sebelum atau pada 30 November 2012. Penghantaran tugasan anda hendaklah dinyatakan nama penuh dan kelas. Buku skrap anda juga perlu dicetak menggunakan kertas A4 dan di’binding’ dengan kemas untuk dihantar pada 8 Januari 2013.
2. Inovasi ‘Bintang Tahfiz’
Anda dikehendaki menghafaz dengan lancar ayat hafazan Tingkatan 4 iaitu Surah Luqman: 12 – 19 dan Surah Al-Mukminun: 1 – 11. Anda perlu menghafaz ayat-ayat tersebut di hadapan 10 orang pendengar. Kesemua pendengar akan memberikan komen terhadap kualiti hafazan anda di dalam borang yang disediakan.
3. Takhrij Hukum Tajwid
Anda dikehendaki memilih 10 ayat daripada mana-mana surah berikut: Surah Al-An’am, Surah Luqman, Surah Al-Mukminun, Surah An-Nur, At-Taubah, As-Sajadah atau Al-Hasyr. Kemudian anda dikehendaki mengeluarkan 20 hukum tajwid dan cara bacaan yang terdapat dalam ayat tersebut. Hukum tajwid boleh merangkumi: hukum mim mati, nun mati, qalqalah, alif lam, waqaf, hukum ra’ dan 14 hukum mad far’ie.
4. Aku, Dia dan Lagu
Anda mempunyai lagu/nasyid yang digemari? Anda ada memori dengan orang-orang tersayang (bukan buah hati berlainan jantina)? Kongsikan lirik lagu (25-50 patah perkataan) dan memori anda itu dalam tulisan jawi (50 patah perkataan) di atas sehelai kertas berwarna.
Mengingat fakta adalah suatu yang mahu anda hindari, bukan? Untuk menguasai fakta sirah dan tamadun sebenarnya tidaklah sesukar yang anda gambarkan. Bagaimana? Anda perlu menguasai teknik pembelajaran yang berkesan! Salah satu daripada teknik itu ialah merumuskan fakta-fakta tersebut dalam bentuk peta minda atau peta konsep. Nah! Fakta yang banyak berpuluh muka surat akan menjadi 1 muka surat yang ringkas dan mudah dibaca.
Jadi, pilihlah satu tajuk daripada mana-mana sub topik berikut untuk anda ilustrasikan dalam sebuah peta konsep paling menarik. Tajuk-tajuk pilihan:
· Kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin
· Kerajaan Bani Umaiyah
· Kerajaan Bani Abbasiah (KBA)
(Perkembangan Islam, Pendidikan, Ekonomi, Sains dan Teknologi, Ketenteraan dan Zaman Kegemilangan serta Kejatuhan KBA)
· Imam SHAM (Syafie, Hanafi, Ahmad, Malik), Imam Al-Bukhari, Imam Al-Ghazali
· HAMKA, Sayyid Jamaluddin Al-Afghani, Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Syeikh Tahir Jalaluddin

No comments:
Post a Comment