GLOSARI AD-DEEN
(Rujukan: Ensiklopedia Islam untuk Pelajar; Era Visi Publications)
Ahli Kitab
ü Ahli Kitab bererti ‘pemilik kitab’, yakni umat para nabi yang diberikan kitab suci (wahyu Allah) seperti orang Yahudi dan Nasrani.
ü Istilah ahli kitab disebut sebanyak 31 kali dalam al-Quran.
Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ)
ü Salah satu aliran teologi (akidah) dalam Islam.
ü Sekitar 70% umat Islam di dunia mengikuti fahaman ini.
ü Disebut juga sebagai aliran Sunni.
ü Aliran ini percaya sepenuhnya kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
ü Golongan ASWJ berasal daripada dua kumpulam umat islam, iaitu pengikut aliran Asy’ariyah dan Maturidiyah (kedua-dua aliran ini lahir sebagai reaksi terhadap fahaman Muktazilah*)
ü Salah satu daripada ciri ASWJ ialah sikap sederhana dalam segala perkara.
ü Fahaman ASWJ berkembang pesat dalam dunia Islam setelah Muktazilah ditarik balik sebagai fahaman rasmi pada masa Khalidah Al-Mutawakkil (Kerajaan Abasiah).
ü Empat (4) sumber hukum bagi ASWJ ialah:
a) Al-Quran
b) Hadis Nabi
c) Ijmak
d) Qias
*Muktazilah ialah fahaman yang rasional dan berfalsafah terutama dalam membincangkan hadis Nabi Muhammad s.a.w.
No comments:
Post a Comment