Saya kongsikan sedikit rumusan tentang buku yang telah selesai saya baca. Karya Razali Saaran (2010), terbitan Mustread Sdn Bhd, buku ini harus menjadi koleksi bahan bacaan para pendidik. Mesti dibaca! Mudah dihazami dengan gaya penulisan yang dibumbui dengan gaya bahasa santai dan bersahaja.
Selayang pandang terhadap guru, penulis mengemukakan beberapa fungsi dan kategori guru yang ada. Antaranya:
#Penyampai ilmu, kemahiran dan nilai-nilai murni
#Pendidik
#Pengurus
#Pemimpin
#Fasilitator
#Kaunselor
#Guru Disiplin
#Guru Kayu Mati
#Guru 25 hari bulan
#Guru sebagai hamba
Penulis juga mengupas tugas dan tanggungjawab seorang guru menurut Imam Al-Ghazali:
^ ikhlas bekerja kerana Allah SWT
^ mempunyai belas kasihan kepada pelajar
^ menasihati murid tentang cara belajar
^ menjaga imej dan maruah muridnya
^ mengajar mengikut kesesuaian tahap kemampuan akal pemikiran pelajarnya
^ mengajar dengan jelas kepada pelajar yang lambat memahami
^ mengamalkan apa yang diajar
Buat semua pendidik, renung-renungkanlah ... Semoga kita dapat membariskan anak-anak didik yang kuat intipati dirinya dengan ilmu, iman dan amal, insya-Allah.

No comments:
Post a Comment