Saya kongsikan sedikit rumusan tentang buku yang telah selesai saya baca. Karya Razali Saaran (2010), terbitan Mustread Sdn Bhd, buku ini harus menjadi koleksi bahan bacaan para pendidik. Mesti dibaca! Mudah dihazami dengan gaya penulisan yang dibumbui dengan gaya bahasa santai dan bersahaja.
Selayang pandang terhadap guru, penulis mengemukakan beberapa fungsi dan kategori guru yang ada. Antaranya:
#Penyampai ilmu, kemahiran dan nilai-nilai murni
#Pendidik
#Pengurus
#Pemimpin
#Fasilitator
#Kaunselor
#Guru Disiplin
#Guru Kayu Mati
#Guru 25 hari bulan
#Guru sebagai hamba
Penulis juga mengupas tugas dan tanggungjawab seorang guru menurut Imam Al-Ghazali:
^ ikhlas bekerja kerana Allah SWT
^ mempunyai belas kasihan kepada pelajar
^ menasihati murid tentang cara belajar
^ menjaga imej dan maruah muridnya
^ mengajar mengikut kesesuaian tahap kemampuan akal pemikiran pelajarnya
^ mengajar dengan jelas kepada pelajar yang lambat memahami
^ mengamalkan apa yang diajar
Buat semua pendidik, renung-renungkanlah ... Semoga kita dapat membariskan anak-anak didik yang kuat intipati dirinya dengan ilmu, iman dan amal, insya-Allah.
Monday, 5 November 2012
GLOSARI AD-DEEN II
GLOSARI AD-DEEN
(Rujukan: Ensiklopedia Islam untuk Pelajar; Era Visi Publications)
Andalusia
ü Nama lain bagi Semenanjung Iberia di Eropah.
ü Wilayah itu kini merangkumi sebahagian daripada sepanyol dan Portugal.
ü Andalusia mula dikenali sejak dikuasai oleh Yunani, diikuti oleh Maharaja Rom, kemudian oleh Kerajaan Visigoth*, hingga jatuh ke tangan Islam.
ü Wilayah Andalusia semasa kekuasaan Umaiyah termasuklah Toledo, Valencia, Cordova, Sevilla, Malaga, Granada dan Jabal Tariq (Gibraltar)
*Kerajaan Visigoth – semasa Andalusia dikuasai Kerajaan Visigoth, Raja Rhoderick memerintah dengan sewenang-wenangnya. Sikap Raja Rhoderick menyebabkan Julian (Gabenor Ceuta), kerabat Raja Rhoderick menaruh dendam. Julian bekerjasama dengan tentera Islam untuk melawan Rhoderick. Kerjasama itu berakhir apabila tentera Islam di bawah pimpinan Tariq bin Ziyad pergi ke Andalusia. Tariq dan pasukannya berjaya mengalahkan Raja Rhoderick.
ü Setelah kekuasaan Bani Umaiyah di Sepanyol berakhir pada tahun 1031, Andalusia berpecah menjadi negara-negara kecil di bawah pemerintahan Muluk al-Tawa’if (raja rakyat).
ü Pemerintahan Muluk al-Tawa’if berpusat di kota seperti Sevilla, Cordova dan Toledo.
Parsi @ Iran
ü Salah sebuah negara terbesar di Teluk Parsi ialah Iran.
ü Negara republic ini merupakan pusat fahaman Syiah.
ü Menjadi daksi sejarah jatuh bangunnya beberapa peradaban besar seperti Medes, Parsi dan Yunani.
ü Pada abad ke-7, negara ini dimasuki bangsa Arab yang memperkenalkan Islam.
ü Bangsa Iran ialah keturunnan bangsa Arya
ü Islam masuk ke wilayah Iran semasa Kerajaan Parsi melaluiPerang Qadisiyah (637M). Pemimpin umat Islam pada ketika itu ialah Khalifah Umar bin al-Khattab.
ü Pada tahun 641M, orang Islam berjaya menakluki seluruh Kerajaan Parsi melalui Perang Nihawan dan mengislamkan seluruh penduduknya.
Luqman Al-Hakim
ü Ahli hikmah dari negeri Ethiopia.
ü Nama sebenarnya: Luqman bin Baura.
ü Allah menganugerahkan hikmah kepadanya sehingga digelar Luqman al-Hakim.
ü Keturunan: Azar (ayah Nabi Ibrahim a.s)
ü Digambarkan sebagai lelaki yang berkulit sangat hitam dan berwajah buruk dengan bibir yang sangat tebal. Namun, hati dan akhlaknya tidak seburuk wajahnya.
ü
GLOSARI AD-DEEN
Ada kala terganggu juga fikiran kita apabila ada istilah yang kita temui dalam pembacaan tidak kita ketahui maknanya.Kali ini apa kata kita teliti penerangan ringkas tentang istilah-istilah atau personal yang kita jumpa apabila menatap buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan 5. Selamat mengetahui secara lebih rinci.
GLOSARI AD-DEEN
(Rujukan: Ensiklopedia Islam untuk Pelajar; Era Visi Publications)
Ahli Kitab
ü Ahli Kitab bererti ‘pemilik kitab’, yakni umat para nabi yang diberikan kitab suci (wahyu Allah) seperti orang Yahudi dan Nasrani.
ü Istilah ahli kitab disebut sebanyak 31 kali dalam al-Quran.
Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ)
ü Salah satu aliran teologi (akidah) dalam Islam.
ü Sekitar 70% umat Islam di dunia mengikuti fahaman ini.
ü Disebut juga sebagai aliran Sunni.
ü Aliran ini percaya sepenuhnya kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
ü Golongan ASWJ berasal daripada dua kumpulam umat islam, iaitu pengikut aliran Asy’ariyah dan Maturidiyah (kedua-dua aliran ini lahir sebagai reaksi terhadap fahaman Muktazilah*)
ü Salah satu daripada ciri ASWJ ialah sikap sederhana dalam segala perkara.
ü Fahaman ASWJ berkembang pesat dalam dunia Islam setelah Muktazilah ditarik balik sebagai fahaman rasmi pada masa Khalidah Al-Mutawakkil (Kerajaan Abasiah).
ü Empat (4) sumber hukum bagi ASWJ ialah:
a) Al-Quran
b) Hadis Nabi
c) Ijmak
d) Qias
*Muktazilah ialah fahaman yang rasional dan berfalsafah terutama dalam membincangkan hadis Nabi Muhammad s.a.w.
Sunday, 4 November 2012
Soalan Topikal SPM 2012
Berkongsi kandungan Bank Soalan khususnya calon SPM 2012 yang mengambil subjek Pendidikan Islam. Soalan-soalan ini diringkaskan daripada soalan-soalan Percubaan SPM tahun ini daripada pelbagai negeri. Semoga memberikan manfaat.
BIL
|
SOALAN
|
Markah
|
AKIDAH
| ||
PMI: Khurafat
| ||
1
|
Nyatakan dua contoh khurafat yang masih diamalkan dalam masyarakat Islam.
|
2
|
2
|
Jelaskan dua langkah pihak berwajb bagi mengatasi perbuatan khurafat.
|
4
|
PMI: Murtad
| ||
1
|
‘Polisi pentadbiran Saidina Abu Bakar as-Siddiq ialah memerangi golongan murtad.’
Nyatakan tindakan yang patut dilakukan oleh pihak berwajib masa kini untuk menangani gejala murtad dari berleluasa.
|
2
|
PMI: Sihir
| ||
1
|
Nyatakan dua contoh sihir.
|
2
|
2
|
Jelaskan dua sebab amalan sihir dilarang Islam.
|
4
|
3
|
Bagaimanakah anda mengawal diri daripada terkena perbuatan sihir?
|
2
|
1
|
Apakah maksud sihir?
|
2
|
2
|
Nyatakan akibat perbuatan sihir.
|
2
|
DB: Menipu dan Berbohong
| ||
1
|
Apakah maksud menipu?
|
2
|
2
|
Nyatakan contoh perbuatan menipu.
|
2
|
3
|
Terangkan akibat berbohong kepada masyarakat.
|
2
|
Dosa Besar
| ||
1
|
Nyatakan dua jenis dosa.
|
2
|
2
|
Jelaskan dua punca manusia terjerumus kepada perbuatan dosa.
|
4
|
DB: Merompak
| ||
1
|
Nyatakan maksud merompak.
|
2
|
2
|
Apakah sebab Islam mengharamkan perbuatan merompak?
|
2
|
ASWJ
| ||
1
|
Nyatakan dua bahagian kumpulan Syiah selain dari Syiah Zaidiyyah.
|
2
|
2
|
Terangkan perbezaan pandangan Syiah Zaidiyyah dengan ASWJ terhadap pelaku dosa besar.
|
4
|
1
|
Jelaskan dua nama lain bagi ASWJ.
|
2
|
2
|
Jelaskan pandangan ASWJ terhadap isu Qada’ dan Qadar.
|
2
|
3
|
Jelaskan dua prinsip akidah ASWJ digunakan.
|
4
|
Taubat
| ||
1
|
Bilakah seseorang itu diwajibkan bertaubat?
|
2
|
2
|
Jelaskan usaha yang anda boleh lakukan kepada rakan yang sentiasa melakukan kemungkaran.
|
2
|
1
|
Apakah maksud taubat?
|
2
|
2
|
Jelaskan dua syarat taubat nasuha.
|
4
|
3
|
‘Rakan anda sering bergaul bebas antara lelaki dan perempuan.’
Nyatakan usaha yang perlu rakan anda lakukan selain daripada bertaubat.
|
2
|
Iman Mutiara Hidup
| ||
1
|
Nyatakan pengertian halawatul iman.
|
2
|
2
|
Bagaimanakah cara hidup orang yang mencapai tahap halawatul iman.
|
2
|
1
|
Apakah maksud kemanisan iman?
|
2
|
2
|
Jelaskan dua cara untuk mendapatkan kemanisan iman.
|
4
|
1
|
Mengapakah iman seseorang itu boleh berkurang?
|
2
|
2
|
Nyatakan dua ciri orang yang berambah iman.
|
2
|
3
|
Jelaskan dua kelebihan orang yang mendapat kemanisan iman.
|
4
|
Ajaran Sesat: Qadyani
| ||
1
|
Jelaskan dua ciri kesesatan ajaran Qadyani.
|
4
|
1
|
Nyatakan nama pengasas ajaran Qadyani.
|
2
|
2
|
Jelaskan dua kesesatan ajaran tersebut.
|
4
|
Ajaran Sesat: Taslim
| ||
1
|
Nyatakan pengasas ajaran Taslim.
|
2
|
2
|
Jelaskan dua ciri kesesatan tersebut.
|
4
|
3
|
Jelaskan akibat mengamalkan ajaran sesat terhadap individu.
|
2
|
4
|
Jelaskan perbezaan pandangan ajaran Taslim dengan Bahai terhadap alam.
|
2
|
IBADAT
| ||
Sembelihan
| ||
1
|
Apakah maksud sembelihan?
|
2
|
2
|
Nyatakan dua perkara yang makruh semasa sembelihan.
|
2
|
3
|
Jelaskan satu daripada sunat-sunat berkorban.
|
2
|
4
|
Jelaskan perbezaan antara sembelihan dengan korban dari aspek daging.
|
4
|
1
|
Mengapakah Islam mengharamkan daging binatang yang tidak disembelih?
|
2
|
2
|
Jelaskan dua hikmah menyembelih binatang yang halal menggunakan alat yang tajam.
|
4
|
3
|
Nyatakan dua bahagian yang haram dimakan daripada bintanng halal yang telah disembelih.
|
2
|
Korban
| ||
1
|
Bilakah umat Islam disunatkan melakukan ibadat korban?
|
2
|
2
|
Nyatakan dua cirri binatang ternakan yang sah untuk dijadikan korban.
|
2
|
3
|
Jelaskan dua perbezaan antara korban dan akikah.
|
4
|
Upah Haji
| ||
1
|
Apakah pengertian upah haji?
|
2
|
2
|
Jelaskan dua hikmah upah haji.
|
2
|
Kewajipan Haji dan Umrah: Saie
| ||
1
|
Apakah hukum melaksanakan ibadat saie.
|
2
|
2
|
Nyatakan dua syarat sah semasa melakukan saie.
|
2
|
3
|
Terangkan dua hikmah melakukan ibadat saie.
|
4
|
1
|
Bilakah ibadat saie dikerjakan?
|
2
|
2
|
Jelaskan hikmah ibadat saie.
|
4
|
Perkahwinan – Rukun Nikah (Saksi)
| ||
1
|
Nyatakan dua syarat saksi nikah.
|
2
|
2
|
Jelaskan dua kepentingan saksi dalam perkahwinan.
|
4
|
Tanggungjawab Suami Isteri
| ||
1
|
Nyatakan dua contoh pemberian nafkah zahir yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya.
|
2
|
2
|
Bagaimanakah isteri berkewajipan menjaga maruah suami serta dirinya?
|
2
|
3
|
Terangkan dua kesan apabila suami dan isteri gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
|
4
|
HUKUM DAN ALASAN
| ||
1
|
Encik Khusairi menceraikan isterinya ketika dalam nifas.
|
2
|
2
|
Encik Zuhairi menjual bangkai ayam yang mati dilanggar kepada rakannya, Ahmad.
|
2
|
3
|
Puan Zati melakukan ibadat saie dalam keadaan haid.
|
2
|
4
|
Encik Fauzi menceraikan isterinya kerana dipaksa oleh ibunya.
|
2
|
5
|
Encik Sufian menyembelih ayam tanpa menghadapkan ayam itu ke arah kiblat.
|
2
|
PMR: Li’an
| ||
1
|
Nyatakan dua rukun li’an.
|
2
|
2
|
Jelaskan kesan li’an terhadap suami.
|
2
|
PMR: Fasakh & Khuluk
| ||
1
|
Nyatakan perbezaan fasakh dan khuluk.
|
2
|
2
|
Jelaskan sebab yang mengharuskan fasakh dan khuluk dalam Islam.
|
2
|
Anak Angkat
| ||
1
|
Jelaskan peraturan mengambil anak angkat dari aspek batas pergaulan.
| |
2
|
Jelaskan dua hikmah dilarang menasabkan anak angkat kepada bapa angkat.
|
4
|
TAMADUN ISLAM [Tingkatan 4]
| ||
Khulafa’ Ar-Rasyidin (KAR)
| ||
1
|
Jelaskan dua sumbangan khalifah Uthman bin Affan.
|
4
|
2
|
Jelaskan kesan positif daripada kepimpinan Khulafa Ar-Rasyidin.
|
2
|
1
|
Terangkan dua dasar pentadbiran KAR.
|
4
|
2
|
Nyatakan dua polisi pentadbiran Saidina Uthman bin Affan
|
4
|
1
|
Jelaskan dua dasar pentadbiran KAR.
|
4
|
2
|
Jelaskan akibat sekiranya umat Islam membelakangkan kepimpinan KAR.
|
2
|
1
|
Nyatakan dua ciri kepimpinan pada zaman KAR.
|
2
|
2
|
Jelaskan dua polisi pentadbiran Khalifah Uthman bin Affan.
|
4
|
KBA: Perkembangan Ketenteraan
| ||
1
|
Jelaskan dua faktor kemerosotan tamadun Islam pada zaman kerajaan Bani Abasiah.
|
4
|
2
|
Jelaskan kepentingan mempelajari kemerosotan tamadun Islam pada zaman kerajaan Bani Abasiah
|
2
|
1
|
‘Menentang musuh negara adalah salah satu daripada tugas arsmi angkatan tentera pada zaman Abasiah.’
Nyatakan dua tugas yang lain.
|
4
|
2
|
Nyatakan dua tindakan khalifah KBA untuk memastikan kejayaan tentera Abasiah.
|
4
|
1
|
Jelaskan fungsi utama ketenteraan pada zaman Bani Abasiah.
|
2
|
2
|
Terangkan dua faktor yang mendorong kejayaan tentera Islam KBA.
|
4
|
1
|
Nyatakan dua fungsi ‘Dewan Al-Jundi’ pada zaman KBA.
|
2
|
2
|
Jelaskan dua faktor kejayaan tentera Islam pada zaman KBA.
|
4
|
TOKOH TAMADUN ISLAM [Tingkatan 5]
| ||
HAMKA
| ||
1
|
Jelaskan dua sifat peribadi HAMKA.
|
4
|
2
|
Terangkan kesan pemikiran HAMKA terhadap masyarakat.
|
2
|
1
|
Nyatakan latar belakang pendidikan HAMKA.
|
2
|
2
|
Terangkan kesan idea islah HAMKA.
|
2
|
1
|
Tulis secara ringkas riwayat hidup HAMKA.
|
2
|
2
|
Terangkan dua sumbangan beliau dalam perkembangan Islam.
|
4
|
Sayyid Jamaluddin Al-Afghani
| ||
1
|
Jelaskan dua sifat peribadi Sayyid Jamaluddin Al-Afghani.
|
4
|
2
|
Terangkan kesan pemikiran Sayyid Jamaluddin Al-Afghani terhadap masyarakat.
|
2
|
1
|
Nyatakan latar belakang pendidikan As-Sayyid Jamaluddin Al-Afghani.
|
2
|
2
|
Terangkan kesan idea islah As-Sayyid Jamaluddin Al-Afghani.
|
2
|
1
|
Namakan dua tempat yang beliau kunjungi untuk menyebarkan idea islahnya.
|
2
|
2
|
Jelaskan dua kesan islah beliau terhadap pemikiran umat Islam.
|
4
|
1
|
Tulis secara ringkas riwayat hidup Sayyid Jamaluddin Al-Afghani.
|
2
|
2
|
Terangkan dua sumbangan beliau dalam perkembangan Islam.
|
4
|
TOKOH TAMADUN ISLAM
[Tingkatan 4]
| ||
Imam Ahmad bin Hanbal
| ||
1
|
Jelaskan dua sifat peribadi Imam Ahmad bin Hanbal.
|
4
|
2
|
Terangkan bukti kesungguhan ketelitian Imam Ahmad bin Hanbal terhadap hadis.
|
2
|
1
|
Nyatakan riwayat hidup Imam Ahmad bin Hanbal.
|
2
|
2
|
Senaraikan dua hasil karya Imam Ahmad bin Hanbal.
|
2
|
1
|
Nyatakan dua sifat peribadi Imam Ahmad bin Hanbal yang boleh anda contohi untuk menjadi pelajar cemerlang.
|
4
|
2
|
Jelaskan dua sumbangan beliau kepada umat Islam.
|
4
|
1
|
Nyatakan gelaran yang diberikan kepada Imam Ahmad bin Hanbal.
|
2
|
2
|
Terangkan dua usaha beliau dalam tamadun Islam.
|
4
|
Imam Al-Bukhari
| ||
1
|
Jelaskan dua sifat peribadi Imam Bukhari.
|
4
|
2
|
Terangkan bukti kesungguhan ketelitian Imam Bukhari terhadap hadis.
|
2
|
Nyatakan riwayat hidup Imam Al-Bukhari.
|
2
| |
Senaraikan dua hasil karya Imam Al-Bukhari.
|
2
| |
1
|
Nyatakan gelaran yang diberikan kepada Imam Al-Bukhari.
|
2
|
2
|
Terangkan dua usaha beliau dalam tamadun Islam.
|
4
|
ADAB & AKHLAK ISLAMIAH
| ||
Adab Menziarahi Jenazah
| ||
1
|
Nyatakan empat adab ketika menziarahi jenazah.
|
4
|
2
|
Jelaskan dua tindakan yang perlu anda lakukan untuk menangani ‘rakan yang membuat bising ketika menziarahi jenazah’.
|
4
|
Adab Berhias Diri
| ||
1
|
Nyatakan dua contoh amalan berhias diri bagi lelaki dan perempuan selain memakai emas dan sutera.
|
2
|
2
|
Jelaskan dua kepentingan menjauhi larangan memakai emas dan sutera.
|
4
|
Adab Rekreasi
| ||
1
|
Nyatakan dua contoh rekreasi aktif dan rekreasi pasif.
|
4
|
2
|
Terangkan dua akibat sekiranya rakyat Malaysia tidak menggunakan tempat rekreasi dengan baik.
|
4
|
1
|
Nyatakan dua aktiviti rekreasi aktif untuk kecergasan diri.
|
4
|
2
|
Cadangkan dua langkah untuk menjaga keselamatan tempat rekreasi.
|
4
|
Adab Menjaga Alam Sekitar
| ||
1
|
Nyatakan empat punca berlakunya pencemaran udara
|
4
|
2
|
Jelaskan dua usaha yang boleh anda lakukan bagi mengatasi masalah ‘taman perumahan yang menjadi tempat pembuangan sampah-sarap’.
|
4
|
Adab Berniaga
| ||
1
|
Jelaskan dua adab berniaga.
|
4
|
2
|
Terangkan dua faedah mengamalkan adab dalam aktiviti perniagaan.
|
4
|
Adab Bersedekah dan Memberi Hadiah
| ||
1
|
Apakah maksud sedekah?
|
2
|
2
|
Nyatakan dua adab bersedekah.
|
2
|
3
|
Terangkan dua kelebihan orang yang memberi sedekah.
|
4
|
Adab Terhadap Pemimpin
| ||
1
|
Nyatakan dua ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin.
|
4
|
2
|
Cadangkan dua cara untuk mendidik pelajar supaya mentaati pengawas sebagai pemimpin di sekolah.
|
4
|
Subscribe to:
Comments (Atom)

