Monday, 5 November 2012

GLOSARI AD-DEEN II

GLOSARI AD-DEEN
(Rujukan: Ensiklopedia Islam untuk Pelajar; Era Visi Publications)




 
Andalusia

ü  Nama lain bagi Semenanjung Iberia di Eropah.
ü  Wilayah itu kini merangkumi sebahagian daripada sepanyol dan Portugal.
ü  Andalusia mula dikenali sejak dikuasai oleh Yunani, diikuti oleh Maharaja Rom, kemudian oleh Kerajaan Visigoth*, hingga jatuh ke tangan Islam.
ü  Wilayah Andalusia semasa kekuasaan Umaiyah termasuklah Toledo, Valencia, Cordova, Sevilla, Malaga, Granada dan Jabal Tariq (Gibraltar)

*Kerajaan Visigoth – semasa Andalusia dikuasai Kerajaan Visigoth, Raja Rhoderick memerintah dengan sewenang-wenangnya. Sikap Raja Rhoderick menyebabkan Julian (Gabenor Ceuta), kerabat Raja Rhoderick menaruh dendam. Julian bekerjasama dengan tentera Islam untuk melawan Rhoderick. Kerjasama itu berakhir apabila tentera Islam di bawah pimpinan Tariq bin Ziyad pergi ke Andalusia. Tariq dan pasukannya berjaya mengalahkan Raja Rhoderick.

ü  Setelah kekuasaan Bani Umaiyah di Sepanyol berakhir pada tahun 1031, Andalusia berpecah menjadi negara-negara kecil di bawah pemerintahan Muluk al-Tawa’if (raja rakyat).
ü  Pemerintahan Muluk al-Tawa’if berpusat di kota seperti Sevilla, Cordova dan Toledo.

Parsi @ Iran

ü  Salah sebuah negara terbesar di Teluk Parsi ialah Iran.
ü  Negara republic ini merupakan pusat fahaman Syiah.
ü  Menjadi daksi sejarah jatuh bangunnya beberapa peradaban besar seperti Medes, Parsi dan Yunani.
ü  Pada abad ke-7, negara ini dimasuki bangsa Arab yang memperkenalkan Islam.
ü  Bangsa Iran ialah keturunnan bangsa Arya
ü  Islam masuk ke wilayah Iran semasa Kerajaan Parsi melaluiPerang Qadisiyah (637M). Pemimpin umat Islam pada ketika itu ialah Khalifah Umar bin al-Khattab.
ü  Pada tahun 641M, orang Islam berjaya menakluki seluruh Kerajaan Parsi melalui Perang Nihawan dan mengislamkan seluruh penduduknya.

Luqman Al-Hakim

ü  Ahli hikmah dari negeri Ethiopia.
ü  Nama sebenarnya: Luqman bin Baura.
ü  Allah menganugerahkan hikmah kepadanya sehingga digelar Luqman al-Hakim.
ü  Keturunan: Azar (ayah Nabi Ibrahim a.s)
ü  Digambarkan sebagai lelaki yang berkulit sangat hitam dan berwajah buruk dengan bibir yang sangat tebal. Namun, hati dan akhlaknya tidak seburuk wajahnya.
ü   

No comments:

Post a Comment